WA'ADATPermainan oleh Mistik Studio
Permainan kad dagang oleh Mistik Studio

Wa'adat

Satu nama yang terikat pada maksudnya: sumpah janji - satu janji yang di ikrarkan dengan sumpah yang wajib tertunai. Kisah dunia yang dibawa satu demi satu di dalam setiap kad.

Ilustrasi asal Wa'adat
Ilustrasi asal Wa'adat
Sumpah janji mengambil pelbagai rupa · 01—40
Tatal untuk meneroka
Maksud di sebalik nama
Bahasa MelayuSumpah Janji

Sumpah Janji ialah apa yang telah kita ikrarkan, yang kita pilih untuk ditepati dengan sumpah.

Wa'adat membawa maksud sebagai sumpah janji dalam Bahasa Melayu: Satu janji setia yang di sumpahkan. Ia ialah nama bagi akad yang di ambil dalam dunia alam melayu yang dibentuk oleh apa yang dijanjikan, dan di tuntut dengan sumpah yang kita ikrarkan untuk di tunaikan.

±1,000Karya seni dalam koleksi penuh
500Watak sebenar
±100Peperangan & peristiwa di Tanah Melayu
Mengapa Wa'adat dibina

Sejarah Tanah Melayu terlalu kaya untuk kekal dalam senyap.

Wa'adat ialah permainan kad dagang yang membawa dimensi sejarah Tanah Melayu ke dalam tangan pemain. Kami tidak membinanya sekadar untuk dimenangi. Kami membinanya supaya setiap kad menjadi pencetus: satu soalan, satu rasa ingin tahu, satu pencarian kisah yang sebenar.

Bab I · Warisan yang luas

Sebuah dunia yang panjang, berlapis dan belum habis diceritakan.

Tanah Melayu menyimpan sejarah yang dalam: pemerintah dan pahlawan, pedagang dan perantau, peperangan dan perjanjian. Namun bagi ramai antara kita, nama-nama itu hanya singgah di dalam buku teks, dihafal untuk peperiksaan, bukan dikenali sebagai manusia.

Bab II · Sebuah pintu

Permainan sebagai pintu masuk, bukan tujuan akhir.

Setiap kad dalam Wa'adat berpijak pada watak insan sebenar atau peristiwa yang benar-benar berlaku. Setiap satu diilustrasikan khusus untuk permainan ini, supaya sejarah yang selama ini terasa jauh dapat dipegang, dipandang dan dibawa bermain.

Bab III · Dari kad kepada pencarian

Pemain mula bertanya. Di situlah kisahnya bermula.

Siapakah dia? Mengapa peperangan ini berlaku? Apa yang terjadi selepasnya? Soalan-soalan inilah yang kami harapkan lahir daripada setiap kad. Daripada permainan, pemain dibawa untuk bertanya kepada orang tua, membuka buku, menyelongkar arkib dan mengenali tempat-tempat di mana sejarah itu sebenarnya berlaku.

Bab IV · Sumpah janji

Itulah sebabnya ia bernama Wa'adat.

Sejarah ialah janji generasi terdahulu kepada kita: supaya mereka diingati, supaya pengorbanan mereka tidak hilang begitu sahaja. Wa'adat ialah ikrar kami untuk menunaikan janji itu dengan satu kad pada satu masa. Satu sumpah janji supaya sejarah kita tidak dilupakan.

Perjalanan sehelai kad

Bagaimana satu kad menjadi permulaan sebuah pencarian.

  1. PegangPemain menarik kad: seorang tokoh, atau sebuah peristiwa dalam sejarah Tanah Melayu.
  2. TertanyaIlustrasi dan maklumat pada kad mencetuskan rasa ingin tahu yang tidak dijangka.
  3. CariRasa ingin tahu itu membawa pemain kepada buku, orang yang tahu dan tempat yang bersejarah.
  4. KenaliSebuah nama yang dahulunya asing kini menjadi kisah yang dikenali dan diceritakan semula.
Kami tidak mahu pemain sekadar menang. Kami mahu mereka mengenal sejarah sebenar tanah ini.
Lambang Wa'adat

Tanda yang dipertuntut tunai atas janji.

Lambang Wa'adat lebih daripada sekadar simbol. Ia ialah mohor sumpah pada setiap janji. Tanda yang mengikat sebuah sumpah.

Lambang rasmi Wa'adat
Lambang rasmi Wa'adat
Dunia Alam Melayu sebenar yang jauh untuk di ketahui

Dicipta dengan penuh makna dan harapan.
Dicipta untuk dikenang.

Wa'adat ialah permainan kad dagang yang dibangunkan oleh Mistik Studio. Ini baharu permulaan kisahnya.

Permainan kad dagang asliMistik Studio
Panduan permainan

Mulakan permainan Wa'adat.

Muat turun panduan permainan untuk mengetahui cara bermain dan menyelami kisah di sebalik setiap kad.

Wa'adat — Panduan Permainan v3.1 Dokumen PDF Download panduan
Kami ingin mendengar daripada anda

Ada kisah untuk dikongsi?

Hubungi kami untuk pertanyaan, berkarya bersama Wa'adat, atau berkongsi kisah sejarah yang anda simpan.

info@waadat.com